Tutorial Cara Menjahit Langsir Scallop

Tutorial Cara Menjahit Langsir Online

Langsir scallop amat senang untuk dijahit.

Ramai yang masih bertanya cara untuk menjahitnya.

Disini diserta kan video menjahit langsir scallop.

cara Mengambil Ukuran Langsir
Cara Memotong Kain Langsir
Contoh Ukuran Langsir
Cara mengira Jumlah Langsir Scallop
Cara Menjahit rambu langsir atau fringles
cara mencantum langsir yang lengkap

Download Contoh-Contoh Baju Kurung Langsir

Download contoh contoh di sini —> LINK

Tutorial Cara Cara Membuat Langsir

Untuk mendapatkan tutorial membuat langsir sila ke

Tutorial Jahit Langsir

Web Hosting Paling Murah

Web hosting paling murah sila ke http://www.cakapbanyak.com/top-10-web-hosting.html

Tempahan Gaya Pos

Tempahan baju kurung gaya pos.

Kedai di Kelantan.

Sila Hubungi

D’ra Collection (http://dracollection.wordpress.com/)

017-3195272 – Puan Azira
Lot 1847, Jalan Mara,
Kampung Kubang Panjang,
17000 Pasir Mas,
Kelantan.

Banyak lagi pettern baju yang dijahit seperti baju kebaya, cheong sam, baju kurung moden, baju kedah dan lain lain.

Kedai Langsir Semenyih Beranang

Menerima tempahan dari sekitar lembah klang, negeri sembilan dan kawasan sekitarnya.

Untuk tempahan langsir,

Sila hubungi

D ANJUNG CREATION
Puan Rozana Simin
NO 9A.TKT 1 JLN 3/2
BANDAR TASIK KESUMA
43700 BERANANG
SELANGOR

Berdekatan dengan Tapak Pasar Malam, Bandar Tasik Kesuma.

Sila sebut nama website LANGSIR.WORDPRESS.COM semasa call Puan Rozana.

Tempahan langsir Kuantan Pahang

Menerima Tempahan Langsir dan sewa alat pengantin

Sila Hubungi :

Samsiah Abd Rahman
Arisha Collection
Lot 195, Kg Lubuk Puyu
Taman Tas
25150 Kuantan
Pahang
Tel : 09-5393464
Tel Bimbit : 013-9322447

Langsir

Utusan Malaysia

Pilihan langsir ikut gaya hidup

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH

LANGSIR mempunyai peranan melindungi rumah daripada sinaran cahaya matahari di samping menjadi penyeri kediaman.

Kini ia bukan sahaja terhad untuk keperluan untuk rumah tetapi juga menjadi hiasan utama di pejabat dengan menampilkan pelbagai corak dan jenis bidai yang menarik.

Rekaan langsir juga berubah mengikut peredaran masa seiring dengan cita rasa dan gaya hidup.

Menurut pemilik Curtain Craft, Noor Aliyah Mohd. Ali, pilihan fabrik langsir kini banyak dipengaruhi oleh konsep kediaman.

“Misalnya konsep Inggeris, moden atau tradisional kerana ia akan menggunakan hiasan langsir yang berbeza.

“Begitu juga alat menyangkut langsir yang mempunyai banyak pilihan seperti aluminium besi atau kayu.

“Di Curtain Craft, kami menyediakan perkhidmatan mengambil ukuran di rumah, menyediakan pelbagai pilihan langsir dan contoh ruang kediaman mengikut cita rasa pelanggan,” katanya.

Tambah Noor Aliyah, kedainya turut menjahit langsir, kusyen, cadar dan sarung bantal untuk bilik tidur dan ruang tamu.

“Kebanyakan masyarakat kini memilih tema langsir mengikut gaya hidup. Bagi mereka yang inginkan kehidupan yang ringkas, konsep moden seperti pilihan perabot dan langsir berwarna polos sesuai untuk mereka.

“Pilihan Inggeris juga tidak ketinggalan, dengan motif bunga yang menarik. Lebih cantik, jika ia sedondon dengan sarung kusyen dan alas meja,” ujarnya.

Namun demikian, Noor Aliyah memberitahu, fesyen langsir beropol, sama ada dua atau tiga keping yang diikat ke tepi atau dikembangkan satu persatu tetap menjadi kegemaran.

“Bagi bilik tidur, kain yang tebal dipilih bersesuaian dengan kegunaan bilik tersebut.

“Berbeza dengan ruang tamu untuk rumah pangsapuri mewah atau kondominium, kain yang jarang sesuai untuk ruang tamu,” katanya.

Di Curtain Craft, menurutnya, harga langsir yang ditawarkan dari RM15 hingga RM400 permeter mengikut jenis fabrik dan rekaan langsir yang dipilih.

Selain khidmat nasihat yang diberi, kata Noor Aliyah, pelanggan sendiri perlu bijak memilih konsep langsir yang sesuai dengan saiz ruang.

Ini bagi mengelak daripada suasana yang tidak seimbang, sama ada terlalu terang, malap mahupun gelap.

TIP memilih fabrik hiasan rumah (langsir, sarung kusyen, cadar, sarung bantal, alas meja, sofa)

- Pilih corak dan warna fabrik terlebih dulu sebelum memilih warna cat rumah.

- Fabrik polos digalakkan untuk konsep kediaman moden dan ringkas manakala fabrik bunga sesuai untuk mereka yang menggemari gaya kedesaan Inggeris.

- Menukar hiasan fabrik baru boleh mewujudkan suasana ceria tanpa perlu menukar semua perabot atau mengecat rumah menjelang Hari Raya.

- Warna alam seperti biru dan hijau sesuai untuk mereka yang inginkan ketenangan dan merehatkan minda

- Motif grafik berwarna terang dan mempunyai warna bertentangan agak menarik jika dijadikan cadar di bilik tidur sebagai titik tumpuan di bilik berkenaan.

- Jangan campur aduk warna untuk kusyen dan katil tetapi gunakan satu warna dengan berbeza ton untuk mewujudkan suasana harmoni di dalam rumah.

- Konsep etnik seperti bambu boleh dijadikan bidai atau tirai rumah yang menarik dan kain pua pula boleh dijadikan alas meja, penghias sofa dan sarung kusyen kecil yang menarik.

- Sesuaikan pilihan warna fabrik dengan warna dinding rumah dan konsep perabot.

Cara Mudah Menjahit Langsir

Cara Mudah Menjahit Langsir

Langsir

Judul : Cara Mudah Menjahit Langsir
Pengarang : Noraini Margono
Penerbit : Utusan Publications & Distributions
Genre : Fesyen
Mukasurat : 80  halaman
Cetakan Pertama : 2006
ISBN : 9676117951

Cara Mudah Menjahit Langsir menyediakan panduan mudah untuk menjahit langsir sendiri. Panduan diberikan untuk memilih kain langsir yang sesuai berdasarkan paten yang dipilih. Panduan mengambil sukatan kain juga diberikan. Di samping itu disediakan juga cara mengunting, menjahit dan mencantumkan langsir mengikut paten yang dipilih.

Buku ini disediakan oleh penulis yang mempunyai pengalaman luas dalam mereka, menjahit dan mengajar membuat langsir. Adalah diharapkan melalui buku ini, anda boleh menjahit sendiri langsir di rumah anda. Malah ia boleh menjadi sebagai sumber pendapatan yang baik jika anda telah mahir. Anda pastinya mampu mereka paten langsir mengikut kesukaan sendiri dengan belanja yang lebih murah.
Kandungan
1. Pencil Pleat
2. Puff Curtain
3. Ombak Pasir
4. Pleated Skirt
5. Angsana Scallop
6. Princess Scallop
7. Apron Style Curtains
8. Twisted Curtains
9. Formula Span Heading
10. Pleated Skirt Span Heading
11. Double Pleat
12. Bell Pleat

Baju Kurung

Kalau sesiapa yang ingin tempah baju kurung murah, boleh lah layari http://ening.wordpress.com/

Harga tempahan cuma RM28 sehelai.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.